Fadilat Disebalik Surah Al-Kahfi

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Al-Quran mempunyai bahasa yang tinggi dan begitu indah serta tidak diragukan kebenarannya. Setiap ayat yang diturunkan melalui Jibril mempunyai asbab dan setiap ayat juga mempunyai makna yang mendalam. Di dalam Al-Quran mempunyai surah-surah yang terkandung dan memiliki manfaat, keagungan yang tersendiri. Salah satu surah daripada 114 surah yang terkandung di dalam Al-Quran adalah surah Al-Kahfi yang memiliki manfaat yang tersendiri lebih-lebih lagi jika surah ini dibaca pada hari Jumaat

Latarbelakang Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahri merupakan surah Makkiyah iaitu surah diturunkan di Kota Mekah. Surah ini terkandung dengan 110 ayat. Surah ini menceritakan tentang beberapa golongan pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain berkisarkan tentang Ashabul Kahfi, terdapat juga beberapa buah cerita yang semuanya mengandungi pelajaran yang amat berguna pada kehidupan manusia.

Fadilat Surah Al-Kahfi

1.   Jika membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar daripada fitnah Dajjal. Apa yang kita tahu, makhluk Dajjal ini akan muncul pada akhir zaman dan akan membuat kerosakan pada bumi Allah dan menyebarkan fitnah kepada setiap umat manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Dajjal tidak boleh memudaratkannya – HR Dailami

2.   Mendapat pengampunan dosa di antara dua jumaat jika membaca surah ini pada hari jumaat.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri Radiyalluhu anhu, Rasullullah bersabda, Dari Ibnu Umar radiyallahu anhuma, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangi kelak pada hari kiamat serta diampuni dosanya antara dua jumaat

3.   Membaca Surah Al-Kahfi pada jari jumaat juga akan mendapat pancaran cahaya diri

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahri pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul ‘atiq – HR Al-Hakim

4.   Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah Bin Mughaffal disebutkan bahawa rumah atau kediaman yang dibacakan surah ini tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam.

Demikianlah beberapa fadilat disebalik Surah yang agung iaitu Surah Al-Kahfi. Sunnah membaca surah Al-Kahfi bermula selepas maghrib pada hari khamis sehingga sebelum terbenam matahari pada hari jumaat. Jika anda rasa surahnya panjang, anda mungkin boleh baca sedikit pada malam khamis dan sambung seterusnya pada hari jumaat. Terpulang kepada anda. Ingat kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Selamat beramal. Jom baca Al-Kahfi!

sumber:akhlakmuslim.com

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Ketujuh Clever Girl Malaysia 2017

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Ketujuh Clever Girl Malaysia 2017 | Program realiti “gameshow” yang mencari gadis terpintar di Malaysia kembali dengan musim baharu. Pada musim yang lepas, Fatin Nuraisya dari Kelantan telah dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia yang pertama, di mana beliau telah memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000. Program ini menggabungkan elemen realiti dan “gameshow” yang menilai pengetahuan am dan personaliti setiap peserta. Para peserta akan dinilai oleh kuiz mingguan yang diadakan secara langsung. Dihoskan oleh Alif Satar.
Disamping peserta, kadang-kadang aku juga terdetik nak jawab soalan-soalan dia. Tapi aku tengok agak sukar juga soalan yang disediakan oleh pihak MENSA Malaysia ni. Jadi kat sini aku kongsi sedikit soalan-soalan beserta jawapan disertakan huraian untuk minggu ketujuh. Tapi mungkin ada yang aku tak tahu. Aku tinggallah

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2017

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2017 | Semalam bersamaan 14 Oktober 2017telah berlangsung dengan jayanya Anugerah Planet Muzik 2017 bertujuan untuk meraikan penyanyi dan professional industri muzik yang terbaik di rantau ini. Anugerah ini bukan sahaja melibatkan 1 negara sahaja tetapi melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan menggunakan bahasan Melayu dan Indonesia.

APM kali ini masih disiarkan secara langsung terus daripada Singapura iaitu di MES Theatre di Mediacorp, Singapura dengan #GileTakGerek. Malam penuh ‘gempak’ dengan persembahan ‘keren’ oleh Aisyah Aziz, Isyana Sarasvati, Ayda Jebat, Afgan, Hael Husaini, Sufi Rashid, Gloria Jessica, Virgoun dan Haikal Ali! Turut menampilkan lagenda Ratu Rok Ella dan penampilan khas daripada Maher Zain. APM 2017 telah di hoskan oleh wakil 3 negara iaitu Nabila Huda (Malaysia), Desta (Indonesia) dan Dzar Ismail (Singapura)

Malam tersebut penonton di rumah boleh menyaksikan secara langsung daripada siara kaca TV dinegara masing-masing iaitu:

(Singapura) Mediacorp Suria, 9.00 malam
(Malaysia) Astro Ria, 9.00 malam
(Indonesia) Jak tv, 8.00 malam (WIB)

Jadi mari kita lihat pemenang untuk setiap kategori

Senarai Pemenang

Artis Baru Terbaik (Perempuan)
Gloria Jessica -Dia Tak Cintakamu
 
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Virgoun – Surat Cinta Untuk Starla
 
Duo/Kumpulan Terbaik
Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza – Dirgahayu
 
Kaloborasi Terbaik (Artis)
Afgan ft SonaOne – X
Kaloborasi Terbaik (Lagu)
Tanda Tanya – Aisyah Aziz
Komposer & Lirik – Omar K, Ezra Kong & Ishazee Ishak
Band Terbaik
Armada – Asal Kau Bahagia
 
Artis Terbaik Lelaki
Anuar Zain – Andainya Takdir
Artis Terbaik Wanita
Dayang Nurfaizah – Lelaki Teragung
Lagu Terbaik Singapura
Senyum Saja – Aisyah Aziz & Haikal Ali
Komposer & Lirik – Aisyah Aziz, Haikal Ali, Judah Lyne & Haramain Osman
Lagu Terbaik Malaysia
Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
Komposer & Lirik – Natasyah & Iman Imran
Lagu Terbaik Indonesia
Anganku Anganmu – Isyana Sarasvati & Raisa
Komposer & lirik – Isyana Sarasvati & Raisa
Anugera Rentas Planet
Maher Zain
Artis Paling Popular (Singapura)
Hannah Delisha
Artis Paling Popular APM
Khai Bahar
Ikon Media Sosial
Ayda Jebat
Lagu Paling Popular (Singapura)
Aku Sanggup – Sufi Rashid
Lagu Paling Popular APM
Bayang – Khai Bahar
 
Lagu Terbaik APM
Senyum Saja – Aisyah Aziz & Haikal Ali
Komposer & Lirik – Aisyah Aziz, Haikal Ali, Judah Lyne & Haramain Osman
Anugerah Khas Planet Muzik
Ella
Tahniah kepada semua pemenang. Bukan sahaja dari negara serantau yang menang, penyanyi daripada Sweden pun menang. Tahniah Maher Zain. Ini kerana beliau juga pernah membawa lagu dalam bahasa Melayu & Indonesia sebelum ini.

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther | Sudah hampir seminggu filem Black Panther yang katanya filem terbaik Marvel ditayangkan di Malaysia. Rata-rata review yang diberikan oleh penonton mengatakan filem yang sangat hebat. Aku tak sempat lagi nak terjah panggung. Filem ini adalah filem terakhir sebelum Infinity War yang bakal ditayangkan pada April nanti. Jadi peminat filem superhero, jangan lupa tonton filem ini di panggung yang berhampiran. Jadi jom terjah sikit trivia menarik filem Black Panther

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2018
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 15 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis
Pengarah: Ryan Coogler

 

Sinopsis Ringkas

Berlatarkan selepas kejadian dalam “Captain America: Civil War”, T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.

Trivia Menarik

  1. Tiga dari setiap lima orang di Wakanda berkaki ayam, ianya keputusan yang dibuat sendiri oleh bahagian penyedia kostum.
  2. Pertarungan di dalam filem Black Panther ini diambil daripada seni mempertahankan diri dari Afrika. Pengarah juga menjadikan filem Creed (2015) dan Filem Kingsman sebagai rujukan gaya pertarungan.
  3. Wakanda pernah dikesan di radar S.H.I.E.L.D didalam filem Iron Man 2 (2010). Lokasi itu menunjukkan negara itu terletak di Tasik Turkana, di sempadan Kenya dan Ethopia. Dalam dunia sebenar, tempat ini merupakan tempat penyimpanan mineral yang terbesar (dan sifat ini serupa dalam dunia Wakanda).
  4. Watak Black Panther telah dihasilkan pada Julai 1966 iaitu 2 bulan sebelum penubuhan Parti Black Panther. Jadi disebabkan itu, ramai menganggap nama BP itu diambil sempena parti tersebut. Oleh disebabkan itu, watak BP itu dinamakan semula sebagai Black Leopard. Namun, peminat mahupun pencipta watak Black Panther tidak mengambil berat atasu isu tersebut dan nama tersebut tidak bertahan lama dan ditukar semula.
  5. Pelakon pembantu Lupita Nyong’o dan Winston Duke yang memegang watak Nakia dan M’baku merupakan rakat sekelas di Yale. Mereka menonton bersama The Avengers (2012) dan berasa begitu teruja ketika itu, sehingga mereka berharap dalam membintangi dan terlibat dalam filem tersebut satu hari nanti. Tadaa! dah dapat join Black Panther.
  6. Nama “Wakanda” berasal dari suku Wakamba Kenya, yang juga dikenali sebagai Kamba.
  7. Filem Black Panther merupakan filem ke-18 yang dikeluarkan oleh Marvel Studios untuk MCU.
  8. Wakanda secara visual berdasarkan lokasi air terjun; Iguanzu Falls (Argentina, Amerika Selatan) dan Victoria Falls (Zambia dan Zimbabwe).
  9. Beberapa scene di dalam filem ini dilakonkan di Oakland, California. Sebuah bandar dimana pengarah Ryan Coogler dibesarkan. Ianya juga merupakan lokasi di mana filem pertama arahan beliau Fruitvale Station (2013).
  10. Komposer Ludwig Göransson mengembara ke Afrika Selatan dan melawat Perpustakaan Antarabangsa Muzik Afrika di Grahamstown untuk mendengar arkib muzik “thousands of different tribes in Africa”. Dia juga pergi ke Senegal dan Afrika Selatan untuk merakam pemuzik tempatan untuk membentuk “base” muzik.
  11. Selain daripada trademark Marvel Studios, tidak ada kredit pembukaan lain. Filem ini juga tidak menunjukkan tajuk filem sehingga akhir semasa kredit.
  12. Filem ini, mengenai seorang superhero Afrika, dikeluarkan dalam Black History Month (Februari), ketika budaya Afrika dirayakan di seluruh AS dan UK.
  13. Stan Lee: penulis buku komik yang mencipta Black Panther, muncul sebagai tetamu kasino

Pemenang Oscars 2018: Senarai Penuh Pemenang Academy Award

Jika dalam filem, anugerah berprestij adalam Academy Award, dalam bidang televisyen dikenali sebagai Emmy Award atau dalam bidang teater dikenali sebagai Tony Award dan bidang muzik digahkan dengan nama Grammy Award.

Academy Award juga dikenali sebagai Oscars yang diadakan setiap yang diberi kepada penggiat filem berbahasa Inggeris daripada Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) dalam 24 kategori pencalonan.

Kali ini merupakan Oscars yang ke-90 bagi memberi pengitirafan karya terbaik filem sepanjang 2017. Malam anugerah berprestij ini telah diadakan di Dolby Theater di Hollywood, Log Angeles, California. Ianya berlangsung pada beberapa hari yang lalu iaitu pada tanggal 4 Mac 2018. Sepertinya The Shape of Water mengunguli banyak kategori dan sudah semestinya memenangi Best Picture.

Senarai Penuh Pemenang Oscars 2018

Best Picture: “The Shape of Water”
Director: Guillermo del Toro, “The Shape of Water”
Actor: Gary Oldman, “Darkest Hour”
Actress: Frances McDormand, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Supporting Actor: Sam Rockwell, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Supporting Actress: Allison Janney, “I, Tonya”
Original Screenplay: “Get Out”
 
Adapted Screenplay: “Call Me by Your Name”
 
Foreign Language Film: “A Fantastic Woman”
Animated Feature: “Coco”
Visual Effects: “Blade Runner 2049”
Film Editing: “Dunkirk”
Animated Short: “Dear Basketball”
Live Action Short: “The Silent Child”
Documentary Short: “Heaven Is a Traffic Jam on the 405”
Score: “The Shape of Water”
Song: “Remember Me” from “Coco”
Production Design: “The Shape of Water”
Cinematography: “Blade Runner 2049”
Costume Design: “Phantom Thread”
Makeup and Hairstyling: “Darkest Hour”
Documentary Feature: “Icarus”
Sound Editing: “Dunkirk”
Sound Mixing: “Dunkirk”

Trivia Ringkas Daripada Filem Geostorm

Trivia Ringkas Daripada Filem Geostorm | Jika anda berminat dengan filem berunsurkan bencana alam seperti 2012, Into The Storm, The Day After Tomorrow dan sebagainya. Mungkin filem ini untuk anda. Filem Geostorm juga menerapkan element nature disaster dan juga storyline untuk melakukan pembunuhan terhadap presiden jika melalui pembacaan sinopsis. Jadi kalau anda tak sabar nak tengok, boleh terus ke pawagam berhampiran. Ianya sudah mula ditayangkan diseluruh pawagam di seluruh Malaysia

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 49 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Gerard Butler, Abbie Cornish, Katheryn Winnick, Alexandra Lara, Amr Waked, Jim Sturgess, Eugenio Derbez, Ed Harris, Andy Garcia
Pengarah: Dean Devlin

Sinopsis

Seorang lelaki telah ke angkasa lepas bagi menghalang satelit yang mengawal iklim daripada menghasilkan ribut taufan yang dahsyat, manakala adiknya mendapat tahu mengenai plot untuk membunuh presiden.

Tivia Ringkas

  1. Sesetengah latar belakang NASA difilemkan di fasiliti NASA sendiri di New Orleans.
  2. Asalnya difilemkan di Paramount, tetapi berpindah ke Warner Bros.
  3. Dean Devlin mempamerkan penampilan sulungnya sebagai pengarah.
  4. Idea mengenai akibat bencana kawalan cuaca oleh stesen berasaskan ruang angkasa juga merupakan titik plot utama dalam debut pengarah Dean Devlin, kolaborator lama, Roland Emmerich, Ars Noah Noah Prinzip (1984).
  5. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 25 Mac 2016, tetapi kemudian pada Ogos 2014, Warner membatalkan tarikh Mac 2016 untuk filem itu, dan menggantikan filem Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) dengan tarikh asalnya. Pada 11 Disember 2014, Warner Bros telah mengalihkan animasi filem animasi langsung nya: Jungle Book: Origins hingga 2017 dan memberikan tarikh sebelumnya 21 Oktober 2016 kepada Geostorm. Pada bulan September 2015, studio itu sekali lagi memindahkan filem itu untuk dilepaskan pada 13 Januari 2017. Ia sekali lagi telah dijadualkan semula pada tarikh pelepasan 20 Oktober 2017 bersamanya trelernya.

Kufi Wednesday #38 | Bulan Bahasa

Bulan Bahasa Kebangsaan
 

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Ketahui aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan di
Laman Web : laman.dbp.gov.my/

Cash Robot – Jana Bitcoin Daripada Telegram

Mungkin ramai dah tahu dan mungkin juga ramai tidak tahu bahawa dengan applikas Telegram anda, anda boleh menjana passive income iaitu dengan cara farming ‘Bitcoin’ iaitu dengan menggunakan Robot Cash
Secara ringkasnya, Robot Cash merupakan bot yang membolehkan anda untuk generate energy yang boleh ditukarkan kepada diamond . Diamond ini kemudian boleh diguna pakai untuk ditukarkan kepada bitcoin point.
Kepada yang tidak tahu lagi, bitcoin merupakan matawang digital yang agak popular dan berkembang pesat dimasa ini. Kebanyakkan online shop juga sudahpun menerima bitcoin sebagai salah satu alternative pembayaran. Seperti juga emas, bitcoin juga kalis inflasi dan harga bitcoin naik lebih tinggi didalam masa yang singkat.
Baik to the main topic, jadi bagaimana cara untuk menggunakan Robot Cash di applikasi Telegram dan sekali gus menjana pendapatan bitcoin? Sudah tentu anda mestilah ada applikas Telegram yang boleh didownload secara percuma di playstore ataupun appstore. Jangan risau, main Robot Cash ni tak perlukan duit pun. Ianya betul-betul PERCUMA

Selepas itu hanya perlu klik link ini untuk mendapatkan bot ini di telegram ⇨ Robot Cash.

Cara nak farming dan collect energy dan jual energy mudah sahaja. Hanya tekan Menu dan pilih Hire. Terdapat beberapa versi robot yang boleh dibeli. Sekiranya anda klik link Robot Cash diatas akan mendapat 300 diamond dan anda boleh membeli sebanyak 3 unit.
Haa, ini adalah rupa robot RC Unit v0.01 untuk menjana energy untuk mendapatkan diamond anda. Buat permulaan boleh menggunakan Robot ini sehingga lah anda mempunyai cukup diamond untuk upgrade.
Untuk mendapatkan bitcoin, anda perlu untuk mendapatkan wallet bitcoin dahulu. Antara yang paling reliable dan boleh menggunakan bank daripada malaysia adalah Luno. Hanya perlu mendaftar dan mendapatkan bitcoin wallet di website ini ⇨ Luno Bitcoin Wallet. Hanya tekan receive bitcoin untuk mendapat address bitcoin wallet anda.
Kemudian hanya pergi ke Menu – Extra dan Settings untuk memasukkan bitcoin address anda ke dalam aplikasi ini.

Selesai proses setup wallet dan bitcoin address. Anda boleh pergi ke Menu – Hangar untuk collect energy daripada Robot yang dibeli.Semakin banyak Robot anda, semakin banyak lah energy akan dihasilkan.

Energy yang banyak-banyak tu nak buat apa? Haa. Hanya perlu pergi ke Menu – Shop dan tukarkan kepada diamond. 70% daripada hasil jualan akan dimasukkan ke Account 1 (Available Balance). So boleh guna modal daripada sini untuk rolling beli robot banyak-banyak.

30% daripada hasil jualan energy pula akan dimasukkan ke account 2 (Payout Balance). Ini merupakan account yang anda gunakan untuk withdraw dan ditukarkan kepada Bitcoin. Haa, Mudah kan..

Pengiraan asas dan tips untuk menggunakan Robot Cash :

100 energy = 1 diamond

1 diamond = 1 satoshi bersamaan 0.000001btc

Payment boleh dikeluarkan sekurang-kurangnya 1000 diamond daripada akaun 2 (Payout Balance).

Elakkan bermain Roulette, membazir diamond. Collect bonus sehari sekali daripada button BONUS (random diamond 10-100)

Antara cara mudah untuk mendapatkan free diamond adalah dengan menggunakan referral link anda dan invite kawan-kawan untuk bermain.

Makin banyak robot, makin banyak energy. So lagi cepat la dapat collect diamond / point.

Dah banyak duit boleh la withdraw. So far bitcoin ni harga sentiasa saja naik. Berbaloi2..

Setakat ini, aku baru 1 bulan bermain bukan secara serius, harap nanti dapatlah buat passive income dengan cash robot sekali gus menghasilkan bitcoin pada masa akan datang. Ingat 1 BTC = RM19,000 lebih sekarang.

Ini adalah testimonial daripada tuan asal entry di sini

untuk yang masih meragui, aplikasi ni boleh mendapatkan bitcoin, proses pengeluaran boleh dilakukan dan dipindahkan ke wallet bitcoin anda. Terbaik bukan.

Sudah 3 kali transaction pengeluaran telah dilakukan. Kesemua yang dikeluarkan telah pun diterima dalam wallet Luno yang di register

Proses pengeluaran hanya mengambil masa 1-2 minit dan wallet anda akan dikreditkan dengan jumlah bitcoin yang dikeluarkan.

sumber : androidrepublica

Fakta-fakta Menarik Tentang Pemain Baru Red Devils, Victor Lindelof

Victor Lindelof ada mesej khas buat semua peminat Manchester United yang menantikan kedatangan beliau sejak beberapa minggu atau bulan yang lepas. “Saya hanya mahu mengatakan kepada penyokong bagaimana saya berasa gembira untuk berada di sini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mewakili kelab ini jadi saya sangat gembira untuk berada di sini. Saya berharap semua akan menikmatinya.”

Jadi sini aku memberi 5 fakta menarik tentang pemain baru Red Devils ini

1.   Diberi gelaran ‘Iceman’

Lindelof adalah pemain yang masih kurang berpengalaman dari segi permainan dengan umur 22 tahun. Musim lalu di Benfica, di mana dia bermain sebanyak 47 kali yang merupakan kempen pertamanya sebagai pemula . Walau bagaimanapun, dengan ketengan beliau mengawal bola ketika perlawanan sekaligus beliau telah digelar dan memperoleh nama samaran atau gelaran dengan nama ‘Iceman’ tersebuat. Ini terbukti pada perlawanan baru-baru ini, kerana dia adalah salah satu bintang atau pemain yang membantu Sweden bagi mengecapi kemenangan yang tidak dijangka 2-1 ke atas Perancis pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Beliau memperoleh cap ke-12 untuk negaranya, namun dia melakukan dan beraksi seperti pemain senior. Selain daripada itu, dengan bukti lain dengan gelaran Iceman, dia hanya menerima satu kad sepanjang perlawanan 2016/2017 – satu rekod yang luar biasa untuk seorang pemain dalam posisi pertahanan.

2.   Mendapat sokongan daripada Zlatan Ibrahimovic

Telah berlaku spekulasi bahawa Zlatan Ibrahimovic yang pernah menyarung jersi Manchester United sebelum ini memberitahu Jose Mourinho untuk menandatangani pemain muda yang pernah bekerja sama dengan Zlatan di arena antarabangsa dengan mewakili skuad kebangsaan Sweden. Zlatan begitu kagum untuk bercakap tentangnya dalam terma tertinggi. “Adakah Victor begitu baik untuk United? Saya fikir dia bersedia untuk kelab-kelab besar di luar sana seperti United. Ianya terpulang kepada beliau apa yang dia mahukan dan bergantung kepada keadaan. Apa sahaja pilihan victor, ianya akan menjadi baik untuk dia” kata Zlatan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendapat peluang untuk bekerjasama lagi diperingkat kelab, dengan Zlatan telah dilepaskan oleh United pada bulan lepas.

3.   Minat terhadap permain Call Of Duty

Ada satu perkara yang pemain baru Manchester United, suka, iaitu bermain permain video Call of Duty. Beliau begitu terpengaruh dengan permainan video tersebut sehingga pada musim lalu beliau sering membawa konsol ataupun controller bersama beliau semasa perlawanan yang dimainkan ditempat lawan. Permainan atas talian adalah kegembiraan untuk anak muda berusia 22 tahun itu. Beliau biasanya bermain bersama dengan dua saudaranya dan juga bekas pemain sekerja didalam skuad Sweden bawah 21, Simon Sandberg, yang hari ini bermain dengan kelab Levski Sofia. “Kami bermain bersama-sama. Sangat menyeronokkan apabila bersama dan bercakap dan hanya bermain permainan untuk memenuhi masa lapang,” akuinya. Walau bagaimanapun, Sandberg yang merupakan pemimpin pasukan ini, “Dia hebat, jadi dia kapten.”
4.   Kehidupan peribadi beliau senang diperhatikan oleh peminat
Maja Nilsson (@majanilsson) telah men tweet beberapa gambar kehidupan peribadi pasanganya itu dan salah satunya di mana victor berdiri di atas kerusi dapur untuk mendapatkan keju yang berada di atas alamari dapur mereka dengan hanya berpakaian boxer dan tshirt putih. Gambar beliau juga telah ditangkap semasa bermain permainan komputer apabila dia sepatutnya mencuci pakaian, tambahan lagi gambarnya di ambil kita beliau hanya memakai boxer dan tshirt. Sekaligus menunjukkan victor tidak kisah akan kisah hidup peribadinya dikongsi bersama peminat asalkan tidak keterlaluan.
5.   Seorang peminat NHL 

Hoki ais adalah antara suka utama di Sweden. Victor punyai kenalan bersama penyerang Chicago Blackhawks iaitu Dennis Rasmussen yang mana berada di tahun ke 2 di dalam NHL – peringkat tertinggi sukan itu. Mereka berdua dilahirkan di Vasteras, sebuah bandar kecil 100 kilometer ke barat daripada Stockholm yang berpenduduk lebih kurang 150000 orang. Dua bintang tersebut sebelum ini pernah bertukar-tukar baju masing-masing, walaupun Rasmussen adalah pemain bola sepak senior.

 
Selamat datang ke Manchester United, Victor Lindelof