Fadilat Disebalik Surah Al-Kahfi

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Al-Quran mempunyai bahasa yang tinggi dan begitu indah serta tidak diragukan kebenarannya. Setiap ayat yang diturunkan melalui Jibril mempunyai asbab dan setiap ayat juga mempunyai makna yang mendalam. Di dalam Al-Quran mempunyai surah-surah yang terkandung dan memiliki manfaat, keagungan yang tersendiri. Salah satu surah daripada 114 surah yang terkandung di dalam Al-Quran adalah surah Al-Kahfi yang memiliki manfaat yang tersendiri lebih-lebih lagi jika surah ini dibaca pada hari Jumaat

Latarbelakang Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahri merupakan surah Makkiyah iaitu surah diturunkan di Kota Mekah. Surah ini terkandung dengan 110 ayat. Surah ini menceritakan tentang beberapa golongan pemuda yang tidur di dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain berkisarkan tentang Ashabul Kahfi, terdapat juga beberapa buah cerita yang semuanya mengandungi pelajaran yang amat berguna pada kehidupan manusia.

Fadilat Surah Al-Kahfi

1.   Jika membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar daripada fitnah Dajjal. Apa yang kita tahu, makhluk Dajjal ini akan muncul pada akhir zaman dan akan membuat kerosakan pada bumi Allah dan menyebarkan fitnah kepada setiap umat manusia. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Dajjal tidak boleh memudaratkannya – HR Dailami

2.   Mendapat pengampunan dosa di antara dua jumaat jika membaca surah ini pada hari jumaat.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri Radiyalluhu anhu, Rasullullah bersabda, Dari Ibnu Umar radiyallahu anhuma, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangi kelak pada hari kiamat serta diampuni dosanya antara dua jumaat

3.   Membaca Surah Al-Kahfi pada jari jumaat juga akan mendapat pancaran cahaya diri

Barangsiapa membaca Surah Al-Kahri pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul ‘atiq – HR Al-Hakim

4.   Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah Bin Mughaffal disebutkan bahawa rumah atau kediaman yang dibacakan surah ini tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam.

Demikianlah beberapa fadilat disebalik Surah yang agung iaitu Surah Al-Kahfi. Sunnah membaca surah Al-Kahfi bermula selepas maghrib pada hari khamis sehingga sebelum terbenam matahari pada hari jumaat. Jika anda rasa surahnya panjang, anda mungkin boleh baca sedikit pada malam khamis dan sambung seterusnya pada hari jumaat. Terpulang kepada anda. Ingat kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Selamat beramal. Jom baca Al-Kahfi!

sumber:akhlakmuslim.com

Kufi Wednesday #38 | Bulan Bahasa

Bulan Bahasa Kebangsaan
 

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Ketahui aktiviti-aktiviti sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan di
Laman Web : laman.dbp.gov.my/