Soalan & Jawapan Untuk Minggu Ketujuh Clever Girl Malaysia 2017

Soalan & Jawapan Untuk Minggu Ketujuh Clever Girl Malaysia 2017 | Program realiti “gameshow” yang mencari gadis terpintar di Malaysia kembali dengan musim baharu. Pada musim yang lepas, Fatin Nuraisya dari Kelantan telah dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia yang pertama, di mana beliau telah memenangi hadiah utama wang tunai RM100,000. Program ini menggabungkan elemen realiti dan “gameshow” yang menilai pengetahuan am dan personaliti setiap peserta. Para peserta akan dinilai oleh kuiz mingguan yang diadakan secara langsung. Dihoskan oleh Alif Satar.
Disamping peserta, kadang-kadang aku juga terdetik nak jawab soalan-soalan dia. Tapi aku tengok agak sukar juga soalan yang disediakan oleh pihak MENSA Malaysia ni. Jadi kat sini aku kongsi sedikit soalan-soalan beserta jawapan disertakan huraian untuk minggu ketujuh. Tapi mungkin ada yang aku tak tahu. Aku tinggallah

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2017

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2017 | Semalam bersamaan 14 Oktober 2017telah berlangsung dengan jayanya Anugerah Planet Muzik 2017 bertujuan untuk meraikan penyanyi dan professional industri muzik yang terbaik di rantau ini. Anugerah ini bukan sahaja melibatkan 1 negara sahaja tetapi melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan menggunakan bahasan Melayu dan Indonesia.

APM kali ini masih disiarkan secara langsung terus daripada Singapura iaitu di MES Theatre di Mediacorp, Singapura dengan #GileTakGerek. Malam penuh ‘gempak’ dengan persembahan ‘keren’ oleh Aisyah Aziz, Isyana Sarasvati, Ayda Jebat, Afgan, Hael Husaini, Sufi Rashid, Gloria Jessica, Virgoun dan Haikal Ali! Turut menampilkan lagenda Ratu Rok Ella dan penampilan khas daripada Maher Zain. APM 2017 telah di hoskan oleh wakil 3 negara iaitu Nabila Huda (Malaysia), Desta (Indonesia) dan Dzar Ismail (Singapura)

Malam tersebut penonton di rumah boleh menyaksikan secara langsung daripada siara kaca TV dinegara masing-masing iaitu:

(Singapura) Mediacorp Suria, 9.00 malam
(Malaysia) Astro Ria, 9.00 malam
(Indonesia) Jak tv, 8.00 malam (WIB)

Jadi mari kita lihat pemenang untuk setiap kategori

Senarai Pemenang

Artis Baru Terbaik (Perempuan)
Gloria Jessica -Dia Tak Cintakamu
 
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Virgoun – Surat Cinta Untuk Starla
 
Duo/Kumpulan Terbaik
Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza – Dirgahayu
 
Kaloborasi Terbaik (Artis)
Afgan ft SonaOne – X
Kaloborasi Terbaik (Lagu)
Tanda Tanya – Aisyah Aziz
Komposer & Lirik – Omar K, Ezra Kong & Ishazee Ishak
Band Terbaik
Armada – Asal Kau Bahagia
 
Artis Terbaik Lelaki
Anuar Zain – Andainya Takdir
Artis Terbaik Wanita
Dayang Nurfaizah – Lelaki Teragung
Lagu Terbaik Singapura
Senyum Saja – Aisyah Aziz & Haikal Ali
Komposer & Lirik – Aisyah Aziz, Haikal Ali, Judah Lyne & Haramain Osman
Lagu Terbaik Malaysia
Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah
Komposer & Lirik – Natasyah & Iman Imran
Lagu Terbaik Indonesia
Anganku Anganmu – Isyana Sarasvati & Raisa
Komposer & lirik – Isyana Sarasvati & Raisa
Anugera Rentas Planet
Maher Zain
Artis Paling Popular (Singapura)
Hannah Delisha
Artis Paling Popular APM
Khai Bahar
Ikon Media Sosial
Ayda Jebat
Lagu Paling Popular (Singapura)
Aku Sanggup – Sufi Rashid
Lagu Paling Popular APM
Bayang – Khai Bahar
 
Lagu Terbaik APM
Senyum Saja – Aisyah Aziz & Haikal Ali
Komposer & Lirik – Aisyah Aziz, Haikal Ali, Judah Lyne & Haramain Osman
Anugerah Khas Planet Muzik
Ella
Tahniah kepada semua pemenang. Bukan sahaja dari negara serantau yang menang, penyanyi daripada Sweden pun menang. Tahniah Maher Zain. Ini kerana beliau juga pernah membawa lagu dalam bahasa Melayu & Indonesia sebelum ini.

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther

Jom Tengok Trivia Filem Terbaik Marvel, Black Panther | Sudah hampir seminggu filem Black Panther yang katanya filem terbaik Marvel ditayangkan di Malaysia. Rata-rata review yang diberikan oleh penonton mengatakan filem yang sangat hebat. Aku tak sempat lagi nak terjah panggung. Filem ini adalah filem terakhir sebelum Infinity War yang bakal ditayangkan pada April nanti. Jadi peminat filem superhero, jangan lupa tonton filem ini di panggung yang berhampiran. Jadi jom terjah sikit trivia menarik filem Black Panther

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2018
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 15 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, Andy Serkis
Pengarah: Ryan Coogler

 

Sinopsis Ringkas

Berlatarkan selepas kejadian dalam “Captain America: Civil War”, T`Challa pulang ke Wakanda sebagai raja negara, tetapi mendapati kedudukannya dicabar oleh musuh lama dan beberapa puak dari dalam negaranya sendiri, yang mana ia telah menimbulkan konflik dan memberi kesan di luar Wakanda. Black Panther yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan ejen C.I.A Everett K. Ross dan Dora Milaje, pasukan elit Wakanda, untuk menghalang negara mereka daripada terjebak dalam perang dunia.

Trivia Menarik

  1. Tiga dari setiap lima orang di Wakanda berkaki ayam, ianya keputusan yang dibuat sendiri oleh bahagian penyedia kostum.
  2. Pertarungan di dalam filem Black Panther ini diambil daripada seni mempertahankan diri dari Afrika. Pengarah juga menjadikan filem Creed (2015) dan Filem Kingsman sebagai rujukan gaya pertarungan.
  3. Wakanda pernah dikesan di radar S.H.I.E.L.D didalam filem Iron Man 2 (2010). Lokasi itu menunjukkan negara itu terletak di Tasik Turkana, di sempadan Kenya dan Ethopia. Dalam dunia sebenar, tempat ini merupakan tempat penyimpanan mineral yang terbesar (dan sifat ini serupa dalam dunia Wakanda).
  4. Watak Black Panther telah dihasilkan pada Julai 1966 iaitu 2 bulan sebelum penubuhan Parti Black Panther. Jadi disebabkan itu, ramai menganggap nama BP itu diambil sempena parti tersebut. Oleh disebabkan itu, watak BP itu dinamakan semula sebagai Black Leopard. Namun, peminat mahupun pencipta watak Black Panther tidak mengambil berat atasu isu tersebut dan nama tersebut tidak bertahan lama dan ditukar semula.
  5. Pelakon pembantu Lupita Nyong’o dan Winston Duke yang memegang watak Nakia dan M’baku merupakan rakat sekelas di Yale. Mereka menonton bersama The Avengers (2012) dan berasa begitu teruja ketika itu, sehingga mereka berharap dalam membintangi dan terlibat dalam filem tersebut satu hari nanti. Tadaa! dah dapat join Black Panther.
  6. Nama “Wakanda” berasal dari suku Wakamba Kenya, yang juga dikenali sebagai Kamba.
  7. Filem Black Panther merupakan filem ke-18 yang dikeluarkan oleh Marvel Studios untuk MCU.
  8. Wakanda secara visual berdasarkan lokasi air terjun; Iguanzu Falls (Argentina, Amerika Selatan) dan Victoria Falls (Zambia dan Zimbabwe).
  9. Beberapa scene di dalam filem ini dilakonkan di Oakland, California. Sebuah bandar dimana pengarah Ryan Coogler dibesarkan. Ianya juga merupakan lokasi di mana filem pertama arahan beliau Fruitvale Station (2013).
  10. Komposer Ludwig Göransson mengembara ke Afrika Selatan dan melawat Perpustakaan Antarabangsa Muzik Afrika di Grahamstown untuk mendengar arkib muzik “thousands of different tribes in Africa”. Dia juga pergi ke Senegal dan Afrika Selatan untuk merakam pemuzik tempatan untuk membentuk “base” muzik.
  11. Selain daripada trademark Marvel Studios, tidak ada kredit pembukaan lain. Filem ini juga tidak menunjukkan tajuk filem sehingga akhir semasa kredit.
  12. Filem ini, mengenai seorang superhero Afrika, dikeluarkan dalam Black History Month (Februari), ketika budaya Afrika dirayakan di seluruh AS dan UK.
  13. Stan Lee: penulis buku komik yang mencipta Black Panther, muncul sebagai tetamu kasino

Pemenang Oscars 2018: Senarai Penuh Pemenang Academy Award

Jika dalam filem, anugerah berprestij adalam Academy Award, dalam bidang televisyen dikenali sebagai Emmy Award atau dalam bidang teater dikenali sebagai Tony Award dan bidang muzik digahkan dengan nama Grammy Award.

Academy Award juga dikenali sebagai Oscars yang diadakan setiap yang diberi kepada penggiat filem berbahasa Inggeris daripada Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) dalam 24 kategori pencalonan.

Kali ini merupakan Oscars yang ke-90 bagi memberi pengitirafan karya terbaik filem sepanjang 2017. Malam anugerah berprestij ini telah diadakan di Dolby Theater di Hollywood, Log Angeles, California. Ianya berlangsung pada beberapa hari yang lalu iaitu pada tanggal 4 Mac 2018. Sepertinya The Shape of Water mengunguli banyak kategori dan sudah semestinya memenangi Best Picture.

Senarai Penuh Pemenang Oscars 2018

Best Picture: “The Shape of Water”
Director: Guillermo del Toro, “The Shape of Water”
Actor: Gary Oldman, “Darkest Hour”
Actress: Frances McDormand, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Supporting Actor: Sam Rockwell, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Supporting Actress: Allison Janney, “I, Tonya”
Original Screenplay: “Get Out”
 
Adapted Screenplay: “Call Me by Your Name”
 
Foreign Language Film: “A Fantastic Woman”
Animated Feature: “Coco”
Visual Effects: “Blade Runner 2049”
Film Editing: “Dunkirk”
Animated Short: “Dear Basketball”
Live Action Short: “The Silent Child”
Documentary Short: “Heaven Is a Traffic Jam on the 405”
Score: “The Shape of Water”
Song: “Remember Me” from “Coco”
Production Design: “The Shape of Water”
Cinematography: “Blade Runner 2049”
Costume Design: “Phantom Thread”
Makeup and Hairstyling: “Darkest Hour”
Documentary Feature: “Icarus”
Sound Editing: “Dunkirk”
Sound Mixing: “Dunkirk”